salam

NURHAZRI @ ATAN

NURHAZRI @ ATAN

Thursday, August 20, 2009

JENIS-JENIS KAYAK

Di zaman ini terdapat terlalu banyak keluaran dan reka bentuk kayak. Walaupun begitu, pengeluar-pengeluar ini masih mengekalkan kategori-kategori kayak mengikut aktivitinya. Di sini saya cuba paparkan beberapa jenis gambar kayak hasil kefahaman saya.


1) Kayak jenis Creek Boat

Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang kayak dan kanu. Ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untuk dikendalikan.

2) Kayak jenis Polo
Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini hampir sama dengan Kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper ini adalah bagi memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak ini juga dinukan oleh pemain polo berkayak.

3) Kayak jenis inflatable
Kayak jenis ini diperbuat daripada gabungan getah dan gentian kaca. kayak ini mempunyai daya apungan yang tinggi. kayak jennis ini perlu di pam angin sebelum digunakan.

4) Kayak jenis Squirt

Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan catwhell, ini adalah kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruan
g didalamnya hanya boleh memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter oleh hal yang demikian ia mampu menyelam.

5) Kayak jenis Sprint
sprint.jpg sprint picture by bote_bothe

Kayak jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan, Ini adalah kerana kayak ini berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya memiliki keseimbangan yang sangat baik.

6) Kayak jenis Slalom
kayak slalom

Kayak slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan di bentuk tajam dibahagian hadapan oleh hal yang demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestaabilan yang tinggi.

7) Kayak jenis Downriver.

Kayak ini berukuran panjang sekitar 4m, di reka bentuk dan di bina dengan deck leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom


8) Kayak Sea
Kayak ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. kayak jenis ini berkuasa mengharungi lautan. kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi, Selain itu kayak ini mempunyai mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barangan semasa melakukan aktiviti. di belakang kayak ini pula terdapat alat kemudi.

9) Kayak Sit on Top

Kayak jenis ini lambat begerak dan juga sukar dikem
udi. Selain itu kayak ini sukar untuk melakukan kemahiran atau teknik berguling ( Eskimo Roll ). kelebihan kayak ini ialah air tidak akan bertakung didalamnya kerana kayak ini telah direka lubang-lubang khas untuk menghindarkan takungan.

5 comments: